Setelah menang pilihanraya 2008, kerajaan negeri Kedah menubuhkan Majlis Ketua Kampung (MKK) bagi mengantikan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), yang telah pun wujud sejak zaman Buku Merah Tun Abdul Razak, sekitar tahun 70an. Tidak sahaja MKK menampilkan orang orang baru, tetapi MKK juga mempunyai peranan yang berbeza daripada peranan yang dimainkan oleh JKKK. JKKK adalah satu badan berasaskan pembangunan, yang kerjanya memohon pembangunan agar kampung kampung pun akan mendapat faedah dari kemerdekaan. Tugasnya adalah merayu, lalu mengharapkan belas kesihan orang.